Makanan kegemaran saya
Makanan kegemaran saya.
Assalamualaikum,nama saya muhammad harris hazeeq , berusia 19 tahun Dan tinggal di kuala lumpur cheras belajar di marang terengganu .
Setiap orang ada makanan kegemaran masing-masing. Begitu juga dengan saya. Makanan kegemaran saya ialah nasi goreng kampung.
Saya sangat suka makan nasi goreng kampung terutamanya jika dimasak oleh ibu saya. Setiap kali pulang dari sekolah, ibu akan memasak nasi goreng kesukaan saya. Saya akan makan dengan gembira.
Nasi goreng yang dimasak oleh ibu sangat berlainan dari mana-mana kedai makan mahupun restoran. Ibu akan memasukkan sayur-sayuran seperti lobak merah dan sawi kerana saya sangat menyukai nasi goreng yang mempunyai banyak sayur. Saya akan makan sehingga habis.
Ibu akan menyediakan makanan kegemaran saya pada setiap pagi. Kadang-kadang saya membawa bekal nasi goreng kampung ke sekolah untuk dinikmati bersama kawan-kawan. Mereka juga suka nasi goreng kampung masakan ibu.
Oleh kerana saya sangat sukakan nasi goreng kampung, saya bercita-cita ingin membuka sebuah restoran yang mana menu utamanya adalah nasi goreng kampung. Resepi asal hidangan tersebut saya akan gunakan resepi ibu saya. Saya mahu semua orang akan merasai makanan kegemaran saya itu.
Minuman kegemaran saya adalah `greentea heaven and earth' dalam bahasa Inggris. Saya gemar minum minuman itu kerana rasanya yang manis dan sedikit pahit. Saya gemar membeli minuman itu ketika saya sedang letih. Minuman itu memang sedap kalau diminum tetapi meminum minuman itu terlalu banyak juga tidak menyihatkan. Kandungan gulanya dapat menyebabkan penyakit kencing manis. Bukan hanya minuman ini boleh menimbulkan penakit kencing manis. Minuman yang bergula tinggi juga dapat menimbulkan penyakit itu.
Saya berharap cita-cita saya akan tercapai. Terima kasih ibu kerana selalu menyediakan nasi goreng kampung Dan air greentea pada setiap hari.




Comments
Post a Comment